Sila hubungi saya melalui whatsapp atau wechat untuk melihat batu permata terkini !

Rabu, 3 September 2014

Cincin Akik Corak Bilah Keris / huruf Alif



Cincin perak casting, saiz 19 (boleh ubah)

RM 160 termasuk poslaju.

Cincin Triple Gems : Zamrud + Delima + Nilam


Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan rahmat dan izin Nya saya dapat meneruskan blog ini setelah sekian lama menyepi, kembali dengan cincin dan permata buat peminat peminat di seluruh tanahair. 

Sebagai permulaan saya tampilkan dari koleksi kesayangan saya, yang jarang jarang ada dan jarang juga saya memakainya.



Cincin perak saiz 17 tapi boleh diubah mengikut saiz dikehendaki pembeli, bertatahkan batu zamrud columbia asli, delima burma asli dan nilam chanburi asli.

Jika hati sudah berkenan, maharnya adalah RM450 termasuk poslaju.


Isnin, 21 April 2014

Lama tak update blog....

Assalamualaikum w.b.t.

Maaf sudah lama saya tak update blog. Ini disebabkan kesibukan saya dengan kerja kerja pejabat dan urusan di rumah.

Sebenarnya banyak batu permata baru yang saya ingin upload dalam blog ni. Antaranya ialah:

1) koleksi tanzanite
2) Jarum mas dan jarum hitam
3) koleksi kecubung
4) koleksi yaqut: Delima burma, delima putih, nilam burma, delima keluduk.
5) Bloodstone 3 warna, serta akik2 yang bercorak unik.
6) koleksi tiger eye yang rare.
7) Petersite. 
8) Koleksi batu petir (dalam proses pencanaian minggu depan siap insyaallah)

Sekiranya tuan tuan mempunyai whatsapp atau wechat, boleh berhubung dengan saya untuk melihat gambar-gambar terkini dari Koleksi Pesona Akik.



Mohd Azwan b. Mahmood
013-9924111

Jumaat, 17 Januari 2014

Aquamarine Asli, oval cut



Warna biru yang sangat cantik.
Tiada retak atau calar.
Ada inclusion di dalam batu menandakan batu asli.
Sesuai diikat cincin untuk lelaki mahupun perempuan.

RM 290 termasuk pos

Khamis, 16 Januari 2014

Aquamarine Asli, cabochon



Tiada retak dan calar pada permukaan batu...cuma kat bahagian dalam ada sedikit tanda rekah sebagaimana boleh dilihat dalam gambar atas kanan. 
Warna biru air kolah masjid.

RM 130 termasuk pos

Jumaat, 3 Januari 2014

Batu Kecubung Asli / Natural Amethyst


Warna yang paling tepat ialah dalam gambar paling besar di tengah.
Terdapat retak semulajadi di dalam batu, permukaan tiada retak.

SOLD

Rabu, 27 November 2013

Akik Yaman corak seperti kuda bersayap



Batu akik yaman ini mempunyai dua permukaan yang hampir sama (atas dan bawah hampir sama cuttingnya).

Pada permukaan atas ada corak seperti pemandangan pokok pine di kiri dan bukit di belakangnya.
Pada permukaan yang satu lagi corak kelihatan seperti makhluk bersayap / kuda terbang.

SOLD
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...